Hai Assalamualaikum, Hari ni aku nk cerita apa aktiviti aku dan suami di Korea untuk hari yang ke3. So aktiviti kteorang hari ni melawat istana Chandeokgung awal2 pagi lepas je breakfast terus jalan kaki ke Chandeokgung Palace. Macam entry yang aku share sebelum ni, aku pilih Beewon Guesthouse sbab lokasi dia strategik dan boleh pegi ke mana2 tempat menarik hanya dengan jalan kaki je. So korang boleh rujuk balik aku pnya post pasal review hotel tu ye. So ni la main gate nak masuk ke Chandeokgung Palace. Ini adalah istana kedua terbesar di Korea selepas Gyeonbokgung Palace. Aku lebih suka Istana ni sebab dia lebih cool dan jauh lebih santai kalau masuk dalam ni tau. Rasa tenang dan cantik sangat senibina dia. Itu memang buat aku kagum dengan bakat dan akal yang Allah bagi pada diorang untuk bina istana ni. Usia istana ni dah lebih 600 tahun wei. Dibina pada tahun 1392 dan sekarang tahun 2020 so total 628 tahun. Perghh lama dah kan. Tapi senibina dia masih utuh dan berseni sangat. I...