Hai Assalamualaikum,
Hari ni aku nk cerita apa aktiviti aku dan suami di Korea untuk hari yang ke3. So aktiviti kteorang hari ni melawat istana Chandeokgung awal2 pagi lepas je breakfast terus jalan kaki ke Chandeokgung Palace.
Macam entry yang aku share sebelum ni, aku pilih Beewon Guesthouse sbab lokasi dia strategik dan boleh pegi ke mana2 tempat menarik hanya dengan jalan kaki je. So korang boleh rujuk balik aku pnya post pasal review hotel tu ye.
So ni la main gate nak masuk ke Chandeokgung Palace. Ini adalah istana kedua terbesar di Korea selepas Gyeonbokgung Palace. Aku lebih suka Istana ni sebab dia lebih cool dan jauh lebih santai kalau masuk dalam ni tau. Rasa tenang dan cantik sangat senibina dia. Itu memang buat aku kagum dengan bakat dan akal yang Allah bagi pada diorang untuk bina istana ni.
Usia istana ni dah lebih 600 tahun wei. Dibina pada tahun 1392 dan sekarang tahun 2020 so total 628 tahun. Perghh lama dah kan. Tapi senibina dia masih utuh dan berseni sangat. Istana ni dalam dia ada Secret Garden, tapi haritu aku dengan husband tak amik pakej tu sbab kteorang tak nak spend the whole day duduk dalam tu, sbab banyk lagi tempat yang kteorang plan nk pegi.
Kos nak masuk istana ni 3000 Won untuk masuk Istana sahaja, kalau nak masuk Secret Garden dan pakej istana lain 10000 Won.
Jom aku berlanja gambar kat dalam Istana ni kat korang.
Next destination adalah ke Hanuel Park , Seoul WorldCup Stadium & Namsan Tower
Sebenarnya aku salah timing pegi ke Hanuel Park ni. Tu la research tak habis kan 😓 Hanuel Park ni patutnya pegi musim Autumn dalam bulan 10 macam tu cantik la permandangan tu. Ni pegi musim salji, apo pun tak de, patut la tak ramai orang :D
Ni view dari bawah bukit kat ats tu baru ada Lalang tu. Cantik kan, tpi tula salah timing da. Kalau pegi time dia mesti lagi cantik :D
View dari atas bukit n dari Sini nampak la World Cup Stadium Korea. Dekat sini la diorang buat Worldcup dlu tau waktu Korea jadi tuan rumah. hee
Namsan Tower
Last destinasi aku dengan suami pegi hari 3 ni, ke Namsan Tower.
Myeondong Station exit 3 jalan ke tempat naik cable untuk ke Namsan Tower. Kena berapa Won aku dah tak ingat untuk ticket return tu. Next time aku pegi ingat nak daki Namsan tu tapi kalau aku kurus dan sihat lagi la. hahaha

Comments
Post a Comment