Assalamualaikum & Hai guys!
Alhamdulillah selamat mendarat di Korea Selatan pada pukul 2.10pm waktu Korea. Waktu Malaysia 1.10pm (beza 1 jam). Me n hubby naik flight pukul 7.20 dari KLIA2 (AAX D7504)
Sampai je dekat Incheon International Airport nak beratur untuk urusan Imigresen dipermudahkan maybe sebab aku dengan husband aku jalan laju, so beratur tak ramai pun. Dalam 15 orang je depan kiteorang. Lepas je settle urusan Imigresen terus pegi dekat 7E Topup T-Money.
Sebelum ni aku ke Korea naik flight pagi pkul 1.00 pagi dari KLIA2, tapi kali ni aku dengan husband plan nk naik flight pkul 7.20 pagi waktu Malaysia untuk ke Seoul, sb plan asal kiteorang nak bawak anak, so konon amik flight pagi tu mlm tk de la ganggu tdo dia sb nk g airport awal,
Tapi semua family tak bagi sb risau cuaca sejuk kesian dkt dia la, so jadi la trip ke Seoul ni trip aku dengan husband je. huhu
Lepas topup terus je shoot naik AREX train ke Seoul Station dan turun dekat Stesyen Jongno 3sam ga. Line 1 exit 7 untuk ke Beewon Guesthouse. Ni antara guesthouse yang aku selalu duduk bila ke Korea. Sb dah tahu keadaan hotel n dah thu lokasi dia sangat strategik dan dekat dengan Subway Line 1, Line 3 & Line Purple (Tak ingat line ape) hahahha.
Settle je check in makan roti Gardenia sekeping dengan Lady Choice Chocolate & Peanut Butter tu terus je siap-siap mandi n jalan ke Cheongyecheon Stream and Dongdaemun Light dekat DDP.
Dari hotel nak ke Cheongyecheon Stream tu aku dengan husband jalan kaki je. Memang jauh sikit la, tapi tak pe la just enjoy the weather dan keadaan sekeliling.
Nak ke Cheongyecheon tu melalui la Istana GyeongbokGung tu, tapi dah malam tak boleh la masuk, n aku tak thu kenapa aku tak terpikir nak ambil gambar waktu malam dekat situ. hahah
Mgkin faktor sbab sejuk sangat so jalan secepat yang mngkin. hahaha
Ni la Cheongyecheon Stream tu, cantik kan sejuk dan berangin sangat dekat bawah jambatan ni. Air dia aku tak berani pegang takut cramp tangan. hahaha LOL 😆
Untuk ke Dondaemun Light dekat DDP aku just naik Subway dari Gwanghamun Station Exit 3 Dekat Cheongyecheon Stream ni ke Dongdaemun History and Culture Park Exit 1.
Dari exit tu terus ke kiri dan t korang akan terus nampak Rose Led ni. Aktiviti first day kiteorang tak buat ape sangat, just checkin, mandi, makan n siap2 keluar g jalan. (Berjalan ok dari Guesthouse ke Cheonyecheon Stream)
p/s :
Bajet Hotel di Beewon Guesthouse
Total Hotel (6H5M) RM750.00


Comments
Post a Comment